Wednesday, 15 March 2017

Menyesal lepas ayah tegur pasal pampers tinggal kat bilik air


(Perkongsian oleh Puan Fizah Rosli)


DOSA PAMPERS ANAK

Hari ni Mummy Fizah nak share 1 perkara dengan uolls semua. Setelah dapat izin ayah Mummy , baru Mummy berani nak share kisah niii. Apa yang Mummy share ni semoga dapat jadi kan pengajaran untuk kita dan generasi akan datang.
_____________________

Zaman sekarang ni dah jarang sangat orang pakai lampin yang berulang pakai. Mejoriti guna lampin pakai buang kansss. Hanya segelintir saja yang masih guna cara lama cuma kaedah sahaja berbeza.

Kalau dalam family Mummy, yang dah jadi mak-mak ni memang semua lah pakai lampin pakai buang ni.

Semua jenis mak-mak nak cepat express.😅

Kebiasaannya bila dah ramai-ramai di kampung mak ayah, lepas mandikan anak-anak kami kumpul 1 tempat pampers anak-anak. Cucu ayah semua ada 7 orang setakat ni.

Nampak sikit je 7 orang kannn. Tapiii bila dah kul 12 tengahari masing-masing dah mandi , memang penuh 1 beg plastik pampers yang dah guna.

Sampailah suatu hari, kami adik beradik ipar lepas 2 hari di kampung masing-masing berkemas dan bersedia untuk balik ke lubuk rezeki masing-masing. Ada yang balik pagi. Ada yang balik tengahari. Ada yang bila-bila nak balik pun boleh. Sebab rumah sekangkang kera je dengan rumah mak ayah.😏

Bila menjelang malam, dapat wasap panjang dari ayah dalam group adik beradik. Masa tu baru je sampai perlis dari johor. Dengan tenang dan rasa gembira bukaklah wasap dari ayah.

Sebab mesej dari ayah kansss mustilah manyak gumbiraaa.

***

" Mintak maaf dulu lah ya anak-anak. Ayah nak cerita sikit ni. Semoga kita semua terpelihara dari dosa yang terhijab.

Sepanjang ayah bersama emak membesarkan anak seramai 5 orang di rumah atok ketika tu, antara sifat emak yang anak-anak kena tahu, emak tak pernah membiarkan lampin atau baju anak-anak di bilik air atau tinggal di bilik air kerana bimbang atok akan membasuh najis atau baju anak-anaknya.

Walaupun dalam pantang 5 orang anak, sekalipun emak takkan biarkan baju atau lampin anak-anak atuk nampak sebab takut atuk tolong basuh. (Orang johor guna 'atuk' untuk panggil nenek/opah )

Semua tu sebab nak jaga jangan sampai orang tua bersusah payah basuh semua najis anak-anak kita sendiri. Ditakuti ada rasa sedih di hati orang tua tapi didiamkan. Jika ini berlaku, kita akan berdosa.

Oleh kerana zaman telah berubah, anak-anak juga harus cekap uruskan semua ni seperti ibumu. Tak kiralah samada di rumah mak ayah atau di rumah mertua.

Lagi satu sifat ibumu, dia takkan banyak cakap walaupun dirinya penat."

Ayah minta maaf.

Semuanya untuk kebaikan kalian dunia akhirat .

Sebelum ayah takde di dunia ni, ayah nasihatkan aje. Bila ayah dah takde nanti takde sapa akan ingatkan anak-anak semua.

-Ayahmu-

*****

Hah amik kauuuuu. Bukit hempap atas kepalaaa. Berjurai-juraiii air mata Mummy masa tuuuu. 😭

Memang nyesal tahap melangitlah. Rasa nak patah balik aje dari Perlis ke Johor.

Terus call mak minta ampun mintak mahappp😭😭😭 (mase tu mak dah nak tidooo)

Mak gelak jeee. "Alah takde benda lah. Mak tak kisah punnn. "

Adoii mak niii.. Hati mulia seorang ibu tetap katakan perkara yang sedapkan hati anakkk😭

Rasa bersalah tahap gunung everest tu sampai sekarang ada. 😣

Memang sebelum-sebelum ni kadang-kadang bila dah cebok mandikan anak tu, pampers kitorang letak satu tempat untuk buang. Tapi kadang-kadang terlupa sampailah bila dah masuk kereta baru teringat nak buang. 😑

Sejak dari peringatan tu, kami adik beradik ipar duai memang akan buang pampers anak masing-masing sebelum balik.

Atau nak mudah kami masing-masing akan kumpul dan bawa balik pampers anak-anak.

Buang di mana-mana tong sampah awam yang sesuai on the way balik. Kalau di rumah mak mertua pulak, Mummy akan paksa suami pergi buang pampers-pampers anak ke belakang rumah tempat pembuangan sampah.

Mummy rasa bersyukur sangat ayah kuat untuk tegur dan bagi nasihat dalam hal ni tauuu. Kalau tak kami tak sedar semua tu salah. Selama-lamanyaaaa berdosa.

Perasan bagusss lah kan balik umah mak ayah tiap-tiap mingguuu. Tapi rupanya balik tu tinggalkan hampas yang susahkan mak ayah.huhu (rasa teruk betul bila Mummy ingat balik. Benda simple pun tak sedorrr)

#ps: sama-sama kita ingatkan suami. Suami ingatkan isteri. Dua-dua kene peka pasal pampers ni. Benda kecil boleh jadi asbab pada dosa membukittt.

"Kadang-kadang mak aku lagi sokong apa yang menantu buat"

Perkongsian oleh Puan NurulBadiah Lai:

Selalu orang cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap "ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain"

Tapi mak saya pantang dengar ayat ni.. mak cakap ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pon hanya ada satu.. kerana ibu jangan sampai buang isteri, kerana isteri jangan sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.

Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu balance kan antara dua.. mak kata kalau ada masalah dengan isteri kena baiki bukan buang dan cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga walaupon hakikatnya memang bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk, masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.

Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak saya ramai anak lelaki so mak memang tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu, sebagai ibu kite hanya perlu bagi pendapat apabila diminta.. campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.. yang mak pegang nak marah kene marah anak sendiri jangan marah anak orang. Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik. (saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami 😂)- biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.

Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ni.. sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu.. dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat..

Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu..apa yang mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.😀

#panjangtaip #nasihatmakpadaanak

Tuesday, 14 March 2017

"Selalu saya nasihat kepada ibu bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambillah folic acid"


Perkongsian oleh Prof. Dr. Imelda Balchin yang amat berguna kepada para wanita agar kejadian seperti dapat dielakkan pada masa akan datang. Baca lagi:

Anencephaly.

Dua kali terkejut.

Otaknya sudah hancur di dalam kandungan ibunya tanpa perlindungan tengkorak yang tidak terbentuk.

Berat hati saya setiap kali menyampaikan berita kepada ibubapa yang janin di dalam kandungan mempunyai kecacatan yang membawa maut.

Tapi, memang berat lagi badan yang memikul. Macam tidak percaya bila kita lihat ada kecacatan yang seteruk ini. Janin ini akan terus membesar dan terus hidup di dalam kandungan, sebab ia menerima oxygen dan zat daripada uri ibunya sehingga bersalin. Selepas bersalin, tali pusatnya dipotong, dan sudah tiada lagi oxygen diterima daripada ibunya. Bayi ini akan meninggal dunia selepas bersalin sebab tidak mempunyai otak untuk mengawal pernafasannya, dan dia tidak akan bernafas sendiri.

Ada tiga punca mengapa tengkoraknya tiada, dan tidak pernah terbentuk dari awal hayatnya.

1. Tahap gula di dalam darah ibu yang tinggi (penyakit kencing manis) tidak terkawal, pada waktu permulaan kehamilan.
2. Kekurangan zat 'folic acid', sejenis vitamin, pada waktu permulaan kehamilan.
3. Kadang-kadang masalah di alam sekitar (environmental) yang tidak dapat dikesan.

Selalunya saya memberi nasihat kepada ibu yang sihat bagaimana mengelakkan kejadian ini. Ambil lah folic acid supplemen setiap hari selama 3 bulan sebelum hamil, dan teruskan folic acid bila hamil untuk tiga bulan yang pertama.

Jika anda membuat hubungan kelamin suami isteri tanpa menggunakan kaedah perancang keluarga, sila lah ambil folic acid setiap hari, sebab anda tidak boleh meramalkan bila masanya anda akan hamil.

Tapi zaman sekarang, obesiti dan penyakit kencing manis lebih berleluasa di kalangan masyarakat Malaysia, akibat kandungan gula yang tinggi dalam permakanan, memakan berlebihan dan kurang bersenam.

Kebelakangan ni setiap kali saya bertemu janin anencephaly ni, saya terus membuat kajian darah ibu dan mendapati semua ibu-ibu sudah pun ada penyakit kencing manis sebelum hamil lagi, tanpa pengetahuannya (undiagnosed diabetes).

DUA KALI TERKEJUT.

Pertama, bila mendapat tahu tentang kecacatan janinnya. Kedua, bila mendapat tahu tentang penyakit kencing manis (type 2 diabetes)

Bila ditanya adakah pernah mendapat kencing manis semasa kehamilan yang lepas (gestational diabetes), mereka semua menjawab

"Ya doctor, dulu saya pernah ada penyakit kencing manis semasa hamil"

Bila ditanya lagi, selepas bersalin, ada tak berjumpa doktor semula untuk memastikan penyakit kencing manis sudah betul-betul pulih (gestational diabetes), dan adakan anda pastikan paras gula di dalam darah di tahap yang normal setiap tahun, sebelum hamil semula?

Jawapannya semua sama saja, "Tidak doktor"

Kesihatan kita adalah tanggungjawab kita sendiri. Kesihatan dan masa hadapan anak-anak kita juga tanggungjawab kita, dan tanggungjawab ini bermula dari sebelum hamil lagi.

Jika anda mempunyai penyakit kencing manis (type 1 atau type 2 diabetes), elakkan kehamilan dengan menggunakan kaedah perancang keluarga, sehingga penyakit kencing manis anda terkawal, seelok-eloknya kurangkan bacaan HbA1C ke tahap yang normal (6.3% ke bawah) dan ambil lah folic acid (5mg sekali sehari) sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum hamil.

Jika anda pernah mendapat gestational diabetes (penyakit kencing manis semasa hamil sahaja), anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit kencing manis di masa hadapan, jadi pastikan anda berjumpa dengan doktor untuk mengkaji paras gula di dalam darah 6 minggu selepas bersalin, dan ulang semula setiap tahun.

Insyallah, kita boleh mengelakkan anencephaly dan kecacatan janin yang lain disebabkan penyakit kencing manis. Allah menentukan, tetapi kita boleh cuba merancang dan berusaha. Dan ilmu itu sudah diberikan. Kalau boleh, kurangkanlah benda yang bagi kita terkejut-terkejut ni dalam menempuhi cabaran hidup kita.

--------------------------------------------------

Ini gambar dari internet. Tak sampai hati nak tunjuk gambar arwah patient saya, walaupun sudah diberikan kebenaran dari ibubapanya untuk tujuan pendidikan am.

Monday, 13 March 2017

"Orang yang benar² bahagia takkan pamerkan kebahagiaan dia"
Gambar Hiasan
Perkongsian oleh Puan Nini Ruspawan mengenai perbualannya dengan seorang wanita yang menuntut fasakh daripada suaminya. Pengajaran yang diperolehinya daripada kisah wanita ini wajar menjadi iktibar kepada semua. Baca lagi:

Kali pertama aku failkan tuntutan kat mahkamah pada bulan Mei tahun lepas. Dan pada kali pertama tu jugak aku jumpa sorang kak (dah pangkat makcik sebenarnya), yang datang memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya. Pesara kerajaan, bekas Pengetua sebuah sekolah menengah. Bersara dah 12 tahun. Dan menuntut fasakh dari suaminya pada usia perkahwinan lebih 40 tahun.

Aku panggil dia kak sebab dia memang cantik, genit orangnya. Kulit cerah, walaupun tak bergaya, tapi ada style. Bercakap pun lembut je, teratur, tenang dan berilmu. Katanya, "Kak menuntut fasakh sebab takut dosa kami berdua makin menimbun. Dua² dah gagal jalankan tanggungjawab."

Al-kisahnya, sebab sayangkan suami la kak tu tuntut fasakh. Dia dah bercucu, berderet dah. Suaminya penyayang sangat. Walaupun kejenya kurang sikit dari kak tu, tapi dia tetap seorang suami yang wajar diberi sepenuh penghormatan atas tanggungjawab, layanan dan kasih sayangnya yang tak berbelah bahagi untuk anak² dan isteri.

Waktu isteri melahirkan anak, kalau tak salah aku 5 orang kut, kelima² kali tu la suami dia sendiri yang jaga dia, bela dan belai dia. Dari anak pertama sampai anak terakhir, layanan tak pernah kurang. Semua orang nampak kasih sayang suami dia. Dan mestila dia rasa bertuah kan.

Pendek kata suami tu suami dambaan la. Dia terlalu disayang dek suami sendiri sampai selalu pandang rendah kat orang lain. Yang ni dia mengakui sendiri, bukan aku yang reka². Dia kata, dia selalu pandang rendah kat orang lain yang ada masalah rumahtangga. Dia selalu rasa semua tu salah isteri sebab tak pandai jaga suami. Dia selalu kata semua tu jadi sebab attachment dengan Allah tu takde.

Hidup dia takde major prob pun. Anak² semua berjaya. Problem sikit² tu biasa la. Overall cemerlang. Suami penyayang dan setia habis.

Sampai la masanya tika ujian Allah tu turun. Lepas bersara, ingatkan makin mesra sebab makin banyak masa bersama. Tapi 3 tahun sebelum kak ni tuntut fasakh, suami kawen lain. Dengan janda. Dan macam mana suami sayangkan dia dulu, layankan dia dulu, macam tu la yang suami buat pada bini mudanya. Teramat sayang kat bini muda.

Kak tu kata, suami bukan tak sayang kat dia dan anak², tapi kasih dah terbahagi. Mula² semua dalam kawalan lagi. Tapi makin lama makin hilang. Sampai sudahnya suami tak balik² dan mengabaikan tanggungjawabnya pada kak ni. Bincang tak jalan, pujuk tak jalan, gaduh tak jalan. Last sekali, fasakh la jadi pilihan. Sebab taknak dosa terus berjalan.

Kata kak tu, salah satu benda yang dia belajar ialah - dalam apapun situasi, bersangka baik la. Mungkin tu balasan untuk diri dia sebab dulu suka judge orang, kata orang, sangka buruk dengan orang. Asal tak bahagia, dia kata isteri tak pandai jaga suami, tak attach dengan Tuhan. Sekarang (masa tu) dia tercari² salah dan silap dia kat mana. Bila tiba² perkahwinan yang bahagia tu, tewas pada usia lebih 40 tahun.

Apa yang aku nak kongsikan kat sini ialah, kepada semua pasangan berkahwin, yang dikurniakan suami yang baik - bertanggungjawab, penyayang, tak curang, maka SYUKURLA PADA ALLAH. Jangan sekali² terdetik walau dalam hati, nak pandang orang lain yang diuji dengan suami yang 'macam-macam' ni sebagai isteri yang tak pandai jaga suami, tak pandai urus rumahtangga, tak dekat dengan Tuhan. Jangannnn, a big NO.

Kenapa? Sebab kita takkan pernah tau apa yang orang lain lalui. Kita takkan dapat rasa penderitaan orang lain. Tak perlu judge apa². Kalau dah terdetik dalam hati tu, istighfar la cepat². Allah Maha Pengampun.

Dan lagi pesan aku, kalau kita bahagia dengan suami, tetap tak perlu tunjuk atau pamerkan berlebihan. Bersederhana je cukup. Orang yang benar² bahagia takkan pamerkan kebahagiaan dia, sebab bahagia untuk dirasa dalam hati dua manusia yang hidup bersama. Kalau orang tak tau pun takpe, mereka tetap bahagia.

Kita hari ni pamer kebahagiaan berganda, kalau satu masa Allah nak uji, semua benda tak mustahil boleh berlaku. Hati manusia ni Allah yang pegang. Hari ni orang tu cinta kita separuh nyawa, tapi kalau Allah nak twist hati dia, sekelip mata je. Beringatla.

Status ni takde kaitan dengan sesiapa. Sekadar peringatan untuk kita semua. Ni kisah benar kak tu. Bukan aku reka cerita. Kisah hakikat buat kita ambil pengajaran bersama. Kak tu kawen dah lebih 40 tahun, bahagia, tapi sudahnya ke mahkamah jugak.

Allah kalau nak uji, di kala usia dah senja pun boleh cerai berai, boleh didustakan dek suami, boleh dikhianati. Jaga²lah. Jangan pernah rasa selamat selama mana pun usia perkahwinan kita sekarang. Dan jangan sekali² pandang hina pada wanita² yang diceraikan dek suami, atau menuntut cerai dari suami. Esok lusa, kita pun taktau lagi untung nasib kita. Hati manusia tu sentiasa berbolak balik.

Selamat menunaikan solat Maghrib.

- Nini Ruspawan

Friday, 10 March 2017

"Tak sedar mengandung bayi sejak 37 tahun lalu"


JAMBI: Seorang wanita tua berusia 60 tahun tidak menyedari dirinya mengandungkan bayi sejak 37 tahun lalu. Wanita yang dikenali sebagai Tun Nyak Tun pada mulanya mengadu sakit perut dan sukar membuang air besar. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan sakitnya itu di Hospital Daerah Raden Mattaher Jambi, Indonesia.

Detik.com melaporkan, Dr Parianto yang mengetuai pembedahan berkata, berdasarkan imej pada imbasan X-ray, pihaknya menyangka ia adalah ketumbuhan lalu melakukan pembedahan, pada hari selasa lalu, yang mengambil masa dua jam setengah.

Pasukan itu mengeluarkan benda keras seberat 1.5 kilogram, namun setelah diperiksa dengan lebih teliti ianya adalah bayi yang lengkap.

“Kami mengetuknya. Ia keras seperti batu. Bagi mengetahui lebih lanjut, kami gergaji benda itu dan menemui rambut. Hasil pemeriksaan selanjutnya, termasuk X-ray, sungguh mengejutkan kerana kelihatan kerangka lengkap manusia,” kata Dr Parianto.

Menurut Dr Iwan, pegawai kanan di hospital tersebut, fenomena seperti itu amat jarang berlaku dan sejak 400 tahun lalu, hanya ada 300 kejadian seperti itu.

“Waktu dikeluarkan, bayi tersebut telah mengeras. Kejadian itu berlaku akibat terlalu lama dalam kandungan, bayi itu telah mengalami mumifikasi,”

"Akibat kekurangan makanan, bayi tersebut akhirnya mengecil dan mengeras sehingga menjadi seperti batu. Operasi pembedahan turut mengalami kesukaran kerana posisi bayi berada di belakang rahim. Ini fenomena yang jarang berlaku," tambah Dr Iwan lagi.

Pihak Hospital turut memohon kebenaran kepada wanita tersebut agar mumia bayi itu diawet dan digunakan untuk pendidikan perubatan.


Thursday, 9 March 2017

"Kalau anak menangis tak nak pergi pengasuh, segeralah cari yang lain"



Gambar-gambar dan video di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak yang viral semalam mengejutkan netizen.

Bayi dibiarkan menangis, bayi diberi makan dalam keadaan baring, kanak-kanak asuhan dibiar berbaring di lantai tanpa alas berlapik dan perbuatan mengurut kaki pengasuh adalah beberapa keadaan yang dirakam dalam perkongsian oleh Puan Azlinda Husna.

Keadaan dalam pusat jagaan itu turut kelihatan suram dan pengasuh juga dilihat tidak dapat mengawal bilangan kanak-kanak asuhan yang ramai.

Puan Azlinda telah membuat laporan mengenai keadaan pusat jagaan tersebut dan berikut kronologi yang dicatatkan oleh beliau:

Rentetan peristiwa hanan di TASKA ANEES.

5.3.2017 - Call JKM hulu langat (3 x call) susah nak tembus talian.. dah tembus alamat taska pulak takde.. call sekali lagi ( 6x baru berangkat)

7.3.2017 - masih takde respon dari JKM. parents lain mula rasa panas punggung dan cuba buat aduan lain di JKM SEPANG.. aduan d terima tanpa tindakan juga..

9.3.2017 @ 10.20am - aku ni memang tak tahan sangat-sangat dah rasa tengok muka indon tu hari-hari. Call HQ JKM KL, cadangan dia call TALIAN ANNUR..

ALHAMDULILLAH..
JAM 12.30 NOON, JKM sampai jalankan siasatan
JAM 1.30PM PIHAK Polis sampai untuk siasatan.
.

Harapan ku semoga ini dijadikan iktibar pada semua ibu bapa dan diri ku sendri.. kalau anak kecil menangis-nangis tak nak pergi pengasuh, segeralah cari yang lain..

Insyaallah ada jalan penyelesaian..

Gambar-gambar dan video:








 "Ish awak ni... Saya kan bini dia, ada pulak nak bayar sewa"


Perkongsian oleh Izzah Rohaizad:

"Yaallah...paling sedih....korang baca situasi ni...& nilai.."
_______________________________

Pagi semalam aku dapat call dari brader kedai hipster dekat dengan USJ...

Brader ni lebih kurang awal 40-an nak jual rumah sebab nak kawin. Borak punya borak...sampai dah selesa panggil aku ngko..

Bosan hidup sorang katanya... Aku pun tanpa bagi idea lain ...aku accept la nak jual rumah brader ni. Dah reno katanya... Nak jual RM800++k ikut harga pasaran.

Aku: Woww banyak tu...meriah kawen ko nanti..

" Biase la zaman skrg ni mana je murah. Semua mahal-mahal . Bini nak macam-macam kene bagi. Bini mintak honeymoon babymoon kejadah moon kene layan bro... Wa sayang bini..."

Aku: Untung sape kawen ngan ko ni....eh rumah dah jual nanti nak dok mana?

"Aku ada rumah lain. Kecik skit la. kondominium je..boleh la manja-manja lebih skit nanti....nak terkam senang... hahhahaha"

Aku: malas layan gatal ko ni. Bila bleh aku datang umah ko amik gambar? Nak snap lawa-lawa senang jual.

"Eh...aku bagi jela gambar dulu-dulu bleh tak? Sekarang tenant duduk. Tenant aku tu susah la nak bagi orang masuk rumah.

Tapi kalau ko nak juga masuk..ko cakap ko ni contractor nak ukur dan amik gambar untuk renovate rumah... Nak kasi tenant aku tu senyum lebar skit"

Aku: Eh takpe ke...aduhhh tak reti la aku nak tipu-tipu ni..atau ko terus terang jela ko nak jual rumah. Kan senang.

" Malas laa..nanti dia lari keluar plak. Tak nak bayar sewa susah aku nanti. Anak dia dah la bersepah berderet-deret.. bising suka buat kotor. Kang dapat tau kang jahanam rumah aku tu. Payah nanti. Ko berlakon jela.diam diam suda. Nanti pandai la aku kelentong dia"

Aku: Ok nanti aku datang jela. Tapi aku tak nak cakap pape. Diam je nanti. Mintak tenant ko kemas kan rumah skit la ya. Aku nak ambil gambar kene teratur skit.

" Ok nanti aku suruh tenant aku tu kemas pape yang patut"

HARI KEJADIAN....

Selepas beri salam... Aku pun siap-siap ready amik camera. Nampak sorang perempuan tengah kendong anak kecik dua orang. Serabai tak terurus aku tengok akak ni. Dalam hati dah rasa mesti kacau bilau rumah...

Tapi aku masih senyum dan beritahu yg aku nak ambil gambar rumah. Iqbal suruh.

Dia pun senyum... Tak marah... Baik peramah je.. Tak macam si iqbal ni cakap.... Dari susuk tubuh dan air muka akak ni memang nampak akak ni penat menguruskan anak-anak.

Pucat lesi, tudung senget. Pakaian pun agaknya tak bertukar lama.. Anak-anak pun pakai baju lusuh...anak-anak masih kecil anggaran dlm 1-6 tahun.

Aku: akak... Saya minta maaf ya ganggu akak dengan anak-anak.. Berapa orang anak ni kak. Kecik lagi ni. Comel sangat. (Sambil acah acah angkat anak dia) Tapi anak-anak dia semua nak dukung. Manja....

Seronok pulak melayan.

Akak: anak akak ni ramai Maaf ya.... Dorang memang manja sikit. Lama tak jumpa ayah dia. Ayah dia kerja. Semua ada 7 orang. Paling tua masih sekolah menengah tingkatan 3. Awak masuk la akak buat air ya.

Aku: Ok akak. Takyah susah susah..sekejap je ni kak... Saya ada hal lain lepas ni. (punya la nak blah cepat-cepat takut akak tu soal banyak... Tambahan plak anak-anak dia ni semua nk panjat-panjat aku... Dah jadi gajah plak)

Akak: Awak ambil la gambar dapur ni banyak banyak ya. Kalau boleh akak nak kitchen cabinet yang elok sikit. Maklum la anak ramai ni susah skit nak masak tempat sempit-sempit:

Aku: (huhhh! Boleh tahan taste akak ni... Die tak tau ke owner die ni tipu je)

Alahai rase bersalah plak...

Aku diam je..angguk je.

Akak: Awak ade jumpa Iqbal ke baru-baru ni? Akak lama dah tak jumpa dia. Dia oustation dekat sebulan kan. Ni pun dia call.. cakap awak nak renovate rumah.. Syukur allhamdulilah.

Aku: Ooo saya baru je jumpa dia. Dia sibuk kot. Akak cari dia sebab nak bayar sewa ke?

Akak: ishhh awak ni.. Saya kan bini dia..ape plak kesitu awak pikir...hehhee ade pulak saya nak bayar sewa..lawak la...hihihi (sambil kacau air)

Aku: Yallah....menitik air mata aku tiba-tiba.

Aku terus mintak diri & pecut sambil nangis. Keluar air mata jantan aku ni.. Bersalah nya rasa.. Ya Allah tak sanggup aku nak tengok muka akak tu dengan anak-anak kecik dia tadi. Ayah dia nak jual rumah & kawen lagi? Sanggup nyaa buat anak bini macam tu. Siap kutuk lagi anak ramai. Tu anak dia kan... Tak guna punya jantan.

Aku tak nak sambung.... Aku tak nak jumpa jantan bodoh tu. Biar kan aku tenang seminggu. Aku rasa aku perlu jumpa akak tu lepas ni & minta maaf.

Jahat nya hati aku tempoh hari.. Maaf kan aku akak...

Anda nilai...

Nasihat pada wife semua...kita semua kena ada asset sndri..Tak kisah la rumah sekangkang kera pun tak pe..jadi ape-ape nanti takde la sesusah begini..
___________________________________
#cerita agent baru saya.
#hidupRen
#pengalaman