Tuesday, 7 March 2017

"Bergegas ke Lapangan Terbang sehelai sepinggang"

KUALA LUMPUR - Mohd. Nor Azrin Md. Zain dan keluarga beliau, antara rakyat Malaysia yang berada di Korea Utara dilaporkan bergegas ke Lapangan Terbang Korea Utara untuk pulang ke Malaysia setelah hubungan diplomatik antara kedua negara ini memuncak berikutan kes pembunuhan Kim Jong Nam, abang tiri kepada pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong Un.

Memetik laporan Utusan Online, menurut sumber yang rapat dengan keluarga berkenaan, Mohd. Nor Azrin dilaporkan bergegas ke lapangan terbang tanpa membawa sebarang beg pakaian atau barangan.
Mohd. Nor Azrin dan keluarga. Photo Utusan Online
Dalam laporan itu juga, difahamkan Mohd. Nor Azrin bersama isteri, dan tiga anak mereka Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah dan Ayscha Zinnirah sudah berada di lapangan terbang untuk pulang ke tanah air, sebelum dihalang oleh pegawai Korea Utara dan diarahkan kembali ke pejabat kedutaan Malaysia.

Ketika ini katanya, keluarga Mohd. Nor Azrin mengharapkan doa daripada rakyat Malaysia agar Mohd. Nor Azrin sekeluarga selamat pulang ke Malaysia.

Mohd. Nor Azrin merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) yang ditempatkan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang, ibu negara Korea Utara. - The Alternatif


loading...
Previous Post
Next Post