Tuesday, 7 March 2017

"Hah?! Takde duit? Habis tu apasal kau kahwin? Kau nak bagi isteri kau makan apa?”




Aku ni belajar luar negara guna duit rakyat. Baru-baru ni cuti semester 2 bulan so aku gunakan peluang ni untuk balik Malaysia.

Dalam masa dua bulan aku cuti tu, ada 3 orang kawan sekolah aku kahwin. Bayangkan satu sekolah je sampai 3 orang kahwin. Umur baru 23 tahun. Semua melayu pulak tu.

Nak dijadikan cerita, kawan-kawan sekolah aku yang lain tak dijemput untuk datang ke majlis perkahwinan si A dan isteri dia. Padahal bukannya tak rapat masa zaman sekolah dulu, satu kelas kot! Aku pun memang dah agak dorang akan kahwin sebab dah bercinta dari zaman sekolah, lepas tu dapat sambung belajar luar negara sama-sama. Dua-dua pandai. Sebab dorang ni sweet couple acah-acah gitu, biasanya pergi ke mana-mana berkepit je. Dah takdelah nak ingat kawan sangat. Ajak main futsal pun kadang-kadang je join. Aku pun lepas SPM tak pernah jumpa dah dorang ni. Tiba-tiba masa dia nak kahwin tu, dia PM facebook minta tolong jadi dulang boy. Aku pun setuju sebab fikir kawan lama punya pasal.

Tiba hari yang dinanti-nantikan, rupanya aku dengan kawan-kawan lama aku memang dulang boys semata-mata. Tugas kitorang cuma bawa dulang ke masjid je. Lepas tu ‘krik krik’. Makanan takde. Air pun takde. Sebab kat masjid tu cuma akad nikah je. Rumah pengantin perempuan pun takde buat majlis sangat. Makan-makan kecik-kecilan je. So kitorang segan nak datang. Lagi-lagi si A tak jemput bersungguh-sungguh pun. Aku kecewa betul. Aku dengan dulang boys yang lain punyalah menantikan dia layan kitorang atau jemput datang ke majlis makan-makan rumah isteri dia lepas habis akad nikah, tapi si A dan isteri sibuk ambil gambar dengan dulang girls je. Nak sembang lebih-lebih dengan sedara-mara dia yang lain, tapi tak kenal. Apa lagi, blah ah kitorang dari masjid tu. Dah lah baju melayu warna krim yang kitorang pakai ni beli sendiri semata-mata untuk dia. Disebabkan lapar, aku dengan dulang boys yang lain makan kat mamak je sambil kutuk si A. Dulang boys yang lain tu kawan-kawan sekolah aku jugak. So sambil makan, boleh tanya khabar masing-masing.

Masa tengah lepak kat kedai mamak tu, terjumpa lah budak-budak sekolah yang lain. Ex-classmate pun boleh terjumpa jugak. Maklumlah membesar satu kawasan perumahan. Mestilah senang je nak jumpa. Bila kitorang cakap kitorang baru balik dari majlis kahwin si A, reaksi dorang semua terkejut.

“Eh, dah kahwin dah ke si A tu? Kenapa tak jemput pun?” Tanya Ahmad.

“Tak payah datang lah Ahmad. Buat sakit hati je!” jawab kawan aku yang jadi dulang boy.

“Dia memang tak jemput orang pun. Kalau dia jemput pun, untuk tolong-tolong je macam kitorang ni,” tambah kawan aku yang lain.

Seminggu lepas tu, aku jumpa si A dengan niat nak tegur dia. Mula-mula tu aku buat-buatlah tanya macam mana kehidupan suami-isteri. Nampaklah muka dia happy sebab isteri dia tu memang cantik sejak zaman sekolah. Berjaya pulak bercinta sampai kahwin, seronok lah dia.

“eh, A. Aku nak tegur sikit ni pasal majlis kau hari tu. Kenapa kau tak buat majlis elok-elok sikit? Jemput kawan-kawan sekolah & cikgu yang pernah mengajar kau dulu. Kau bukannya tak rapat dengan dorang! Dari sekolah rendah sampai habis SPM kau kat sana. Kau tahu tak, ada yang terasa hati tau bila kau tak jemput ke majlis kahwin kau,” kata aku.

“Macam mana aku nak jemput, aku tak buat majlis apa pun,” Jawab A.

“Itu kata kau. Tapi kat Instagram kau dengan bini kau upload gambar macam kau buat majlis. Bridesmaids pun kawan-kawan sekolah. Jadi nampak macam kau ada buat majlis. Padahal aku yang datang hari tu, dapat makan pun tak!” Saja aku hentam sikit dia. Geram.

“Eh, kan isteri aku ada buat makan-makan sikit kat rumah dia. Korang yang tiba-tiba hilang masa tu,” jawab si A menyalahkan aku pulak. Padahal kau tak ajak kitorang pun.

“Aku ni student lagi. Mana ada duit nak buat majlis. Korang kenalah faham,” sambung A lagi.

“Hah?! Takde duit? Habis tu apasal kau kahwin? Kau nak bagi isteri kau makan apa?” Soal aku.

Dia pun mulalah bercerita panjang yang dia takut dosa, belajar sama-sama kat negara orang, so kalau kahwin boleh jagakan isteri dia. Dan jawapan dia tu buat aku rasa tak logik sangat! Apa? kalau tak kahwin, dia tak boleh jaga isteri dia ke?

Kalau takut dosa, jangan buat dosa.
Kalau rasa tak boleh lawan hawa nafsu, puasa.

Ini tak, terus kata nak nikah sebab takut buat dosa. Macam bagi dorang, nikah tu sebagai penyelesaian untuk menghalalkan benda yang haram. Lepas nikah, sibuk pamerkan kat social media betapa ‘sweet’nya dorang berpegangan tangan, peluk sana-sini.

Dia pun lepas kahwin tinggal dengan mak bapak. Bila balik ke luar negara tempat dia belajar, baru tinggal sebumbung. Lepas dengar pasal dia takde duit, aku pun bagi pendapat aku. Disebabkan kami sama-sama belajar luar negara guna duit rakyat, aku ajar dia macam mana nak kumpul duit RM10ribu dalam masa setahun.

“Ahh.. kau boleh lah! Kau belajar kat Eropah. Elaun banyak. Bila convert dah berapa ringgit. Elaun aku sikit je,” kata A.

Aku malas nak bertekak. Hendak seribu daya, taknak seribu dalih. Suka hati kau lah.

PASANGAN KEDUA & KETIGA yang kahwin ni pun kawan sekolah tapi tak berapa rapat sangat. So aku tak kisahlah dorang tak jemput aku. Tapi at least dorang buat majlis. Mungkin dorang ingat aku ada kat luar negara so dia lupa nk jemput *aku bersangka baik. Buat majlis kahwin ni tak perlu besar-besaran. Pasang khemah, bagi makan.. dah cukup. Agama Islam pun menggalakkan kita menghebahkan perkahwinan untuk mengelakkan fitnah.

“Alaa.. Melayu memang kahwin awal lah. Apa you nak heran? Cina je yang takkan kahwin awal,” kata Lim.

Betul lah tu. Walaupun bukan semua, tapi kebanyakan Melayu memang kahwin awal. Mungkin aku boleh bising-bising sebab aku takde girlfriend. Tapi aku ada je kawan Melayu yang dah dua tahun bercinta tapi tak kahwin-kahwin lagi.

Nama kawan aku, Z. Dah habis belajar dan dah ada rumah condo sebijik kat KL. Baru-baru ni dia tambah lagi aset beli rumah PR1MA. Girlfriend belajar luar negara, bila balik Malaysia selalu spend time dengan family Z. Dia siap bagi kereta lagi kat girlfriend. Aku pernah tanya kenapa dia taknak kahwin lagi sebab kategori dia tu dah wajib kahwin. Duit cukup, rumah ada, kereta ada.. tapi jawapan dia yang buat aku speechless.

“Itulah masalah orang Malaysia. Sikit-sikit kahwin. Asal ada rumah je kena kahwin. Aku nak lahirkan generasi umat Islam yang hebat. Jadi aku kena siapkan diri aku dulu sebelum aku melangkah ke alam perkahwinan. Kalau sembahyang pun tak cukup, baca quran pun jarang.. nak kahwin pebende?!” Kata Z.

“Aku beli rumah banyak-banyak bukannya nak buat koleksi. Aku ada duit lebih, so aku beli lah. Aku perasan orang Malaysia ni sibuk pandang anak-anak muda yang beli banyak aset. Sedangkan orang Barat lebih fokus macam mana nak bina jati diri, buat volunteering work, kerja, enjoy life dan melancong, bukannya siapa yang melancong paling murah!” Sambung Z lagi.

Aku ada kawan sama tempat belajar yang kahwin tahun lepas. Aku panggil dia B. Dah jadi kebiasaan orang belajar luar negara ni mostly kahwin awal. Lagi-lagi bila usrah atau ada apa-apa majlis je, topik yang dorang interested ialah kahwin. Menyampah aku. So budak-budak perempuan pun tergedik-gedik lah berangankan nak kahwin masa tengah belajar. Sampaikan kawan aku yang B ni kena paksa dengan girlfriend dia untuk kahwin. Mula-mula dia taknak, tapi sebab sayang, dia nikah je dengan perempuan tu kat luar negara. Tapi lepas isteri dia lahirkan anak sulung, dia bercerai. Dengan alasan, tak sehaluan dan keluarga B tak suka isteri dia.

Kalau aku jadi keluarga B pun aku tak suka perempuan tu. Sebab paksa B kahwin luar negara sampai mak ayah yang besarkan B tu pun tak dapat tengok anak sendiri kahwin. Tapi bagi aku, kalau keluarga B tu ada common sense, dia mesti terima juga perempuan tu dan selamatkah hubungan rumahtangga dorang. Apa-apa pun dorang dah kahwin dan dah ada anak dah pun! Habis apa nak jadi dengan nasib baby tu?! Kesian aku tengok. Membesar tanpa kasih sayang bapa.

Bila aku tanya isteri dia kenapa cerai, dia cakap B tak pernah bagi nafkah sepanjang berkahwin. Kos dia bersalin dan lampin susu anak semua perempuan tu guna duit dia.

Nasib lah.. dah kau paksa B kahwin awal sedangkan dia belum ready lagi apasal? Tak pasal-pasal umur baru 24 dah menjanda.

So kesimpulannya, aku tak setuju langsung dengan orang yang kahwin awal ni. Kalau kau nak jugak kahwin awal jugak, make sure kau atau pasangan kau tu dari keluarga kaya-raya yang harta tujuh keturunan pun tak habis. Memang betul duit bukan segalanya tapi zaman sekarang ni semua benda perlukan duit. Asalkan ada duit, semua benda boleh settle. Tengok statistik kes penceraian kat Malaysia pun setiap 15 minit ada je pasangan yang bercerai. Masa zaman mula-mula kahwin memanglah kau dan pasangan kau janji sehidup semati. Lepas dah kahwin 5-10 tahun, mampu ke kau nak harungi ujian kehidupan?

– Muhd 

(IIUMC - Kahwin: Awal atau Lambat)


loading...
Previous Post
Next Post