Wednesday, 15 March 2017

"Kadang-kadang mak aku lagi sokong apa yang menantu buat"


Perkongsian oleh Puan NurulBadiah Lai:

Selalu orang cakap dalam rumahtangga kalau ada masalah antara ibu dan menantu, orang akan cakap "ibu hanya ada satu, isteri boleh cari lain"

Tapi mak saya pantang dengar ayat ni.. mak cakap ibu hanya ada satu, isteri yang dinikahi sekarang pon hanya ada satu.. kerana ibu jangan sampai buang isteri, kerana isteri jangan sampai buang ibu. Kite wajib taat pada ibu kite tapi berdosa kalau kita aniaya isteri kita.

Mak selalu pesan pada adik-adik lelaki bahawa sebagai lelaki kena ada pendirian dan bersikap bijak. Kena tahu balance kan antara dua.. mak kata kalau ada masalah dengan isteri kena baiki bukan buang dan cari lain. Jangan sesekali ada dalam fikiran bahawa bini boleh cari lain kalau terjadi apa-apa pertelingkahan dalam keluarga walaupon hakikatnya memang bini bleh diganti lain kerana tak ada seorang ibu dan ayah pun dalam dunia ini mahu anak perempuannya dijadikan kain buruk, masa baru pakai mase buruk buang. Repair dulu, rosak repair lagi sampailah tak boleh guna langsung ibaratnya.

Tiada istilah aniaya isteri asalkan ibu tidak terluka..mak saya ramai anak lelaki so mak memang tak campur urusan rumahtangga diorang sebab mak selalu pesan, sebagai mertua jangan masuk campur urusan anak menantu, sebagai ibu kite hanya perlu bagi pendapat apabila diminta.. campur tangan kite sebagai ibu hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.. yang mak pegang nak marah kene marah anak sendiri jangan marah anak orang. Bagi nasihat berkenaan hal rumahtangga anak hanya bila diminta. Selalu ingatkan anak untuk melayan isteri dengan baik. (saya sebagai anak perempuan pun mak pesan berpuluh kali supaya layan dan hormatkan suami 😂)- biarkan anak menantu buat keputusan sendiri berkenaan hal rumahtangga.

Saya selalu tanya, kenapa mak sangat terbuka dalam hal macam ni.. sangat positif dan sangat bertolak ansur dengan anak menantu.. dan kadang-kadang mak lagi sokong apa yang menantu buat berbanding apa yang anak buat..

Mak cakap apa yang mak fikir tentang anak menantu mak akan terbalikkan pada diri mak sebab mak pun seorang isteri dan ibu..apa yang mak nak cakap kat menantu mak akan terbalikkan ayat tu pada diri mak dulu. kena hati-hati sebelum nak cakap apa-apa kerana hidup bukan hanya untuk diri mak sahaja,ianya berkait rapat dengan orang sekeliling.😀

#panjangtaip #nasihatmakpadaanak


loading...
Previous Post
Next Post