Wednesday, 8 March 2017

Kakitangan wanita Maybank ditawar cuti bersalin setahun



KUALA LUMPUR: Kakitangan wanita Maybank yang layak kini boleh mengambil cuti bersalin sehingga 365 hari berkuatkuasa 1 Mac 2016.

Pengumuman mengenai dasar baru tersebut dibuat oleh Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank, Nora Manaf pada sambutan Hari Wanita Antarabangsa peringkat institusi kewangan tersebut.

Dasar Penambahan Hari Cuti Bersalin itu membolehkan kakitangan yang layak, menyambung cuti sehingga setahun dengan 90 hari cuti bersalin sedia ada bersama gaji penuh, tambahan tiga bulan lagi dengan separuh gaji, seterusnya enam bulan tanpa gaji

"Dasar ini memberi peluang kakitangan wanita berdepan tuntutan sebagai ibu dan untuk bayi. Mereka perlu mengimbangi keperluan kerja dan kehidupan sebelum kembali ke pejabat dan melaksanakan peranan berkesan di tempat kerja," katanya dipetik melalui laporan Berita Harian.

Tambah Nora Manaf lagi, tempoh cuti bersalin yang dilanjutkan tidak akan menjejaskan rekod pekerjaan kakitangan, sebaliknya mereka akan turut mendapat perlindungan perubatan dan insurans mengikut gred ganjaran pekerjaan masing-masing.

"Polisi ini adalah sebahagian daripada pelbagai inisiatif Maybank untuk mewujudkan pengalaman tempat kerja yang menarik bagi kakitangan untuk berkembang maju dan memberi kekuatan mereka mengimbangi tuntutan kerja dengan kehidupan berjalan lancar." katanya.

Langkah tersebut juga menjadikan Maybank sebagai institusi kewangan pertama di Malaysia menawarkan faedah seperti itu.


loading...
Previous Post
Next Post