Tuesday, 7 March 2017

"Kepada yang gagal, ini info BR1M yang saya dapat selepas pergi ke pejabat LHDN"



Perkongsian Ayie Lantana:

Saya baru keluar dari LHDN cawangan.. info yang saya peroleh walaupun saya bukan penerima BRIM :

1. Yang tidak layak, tak kiralah apa sebab boleh kemuka rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017

2. Kenapa pemohon yang memiliki SSM perlu kemuka dokumen perniagaan? Kerana tujuan kerajaan beri BR1M adalah untuk golongan pendapatan rendah, ada peniaga yang kaya raya dapat BR1M hanya kerana mereka tidak membuat potongan KWSP dan tidak membayar cukai, kerajaan tidak dapat kesan pendapatan mereka dan mereka masih terima BR1M. Pemilik SSM yang berniaga kecil-kecil boleh buat rayuan dengan kemukan dokumen berkaitan bermula tarikh seperti diatas.

3. Masalah-masalah lain :

Contoh 1 : Perlu kemuka sijil pengesahan perkahwinan:Ada kes pasangan sudah bercerai tapi suami masih dapat BRIM RM1050, sepatutnya dapat RM450 sahaja, ini mengakibatkan bekas isteri gagal dapat BR1M kerana tak update dalam sistem ( ini pembelaan kepada hak wanita ) dan kepada yang ada masalah ini boleh kemuka rayuan dan bukti di LHDN seperti tarikh di atas.

Contoh 2 : tiada pengesahan berhenti belajar: Mahasiswa yang dapat baucer buku RM250 perlu kemuka dokumen tamat belajar untuk layak dapat BR1M orang bujang RM450 (untung RM200 ), pergi ke LHDN bermula tarikh seperti diatas.

Contoh 3 : nama anda tersenarai dalam tanggungan pemohon lain: Yang ni semak sendiri, kalau ayah kita dapat, make sure dalam permohonan ayah kita, kita tiada dalam tanggungan jika kita bekerja sendiri.

Dokumen-dokumen yang berkaitan akan dimaklumkan oleh LHDN selepas mendapat taklimat dari MOF, dan bila dah jelas nanti LHDN akan maklum untuk kemudahan pemohon.

Setakat ni dulu saya taip, lenguh panjang-panjang dan saya rasa korang tak baca sangat pon. Hahaha.. yang penting ingat fakta! Rayuan bermula 3 April - 31 Mei 2017 dan bawa dokumen berkaitan! Bersabarlah semua, rezeki rahsia Allah..

# Boleh Share Jika Perlu..


loading...
Previous Post
Next Post