Friday, 10 March 2017

"Tak sedar mengandung bayi sejak 37 tahun lalu"



JAMBI: Seorang wanita tua berusia 60 tahun tidak menyedari dirinya mengandungkan bayi sejak 37 tahun lalu. Wanita yang dikenali sebagai Tun Nyak Tun pada mulanya mengadu sakit perut dan sukar membuang air besar. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk memeriksa keadaan sakitnya itu di Hospital Daerah Raden Mattaher Jambi, Indonesia.

Detik.com melaporkan, Dr Parianto yang mengetuai pembedahan berkata, berdasarkan imej pada imbasan X-ray, pihaknya menyangka ia adalah ketumbuhan lalu melakukan pembedahan, pada hari selasa lalu, yang mengambil masa dua jam setengah.

Pasukan itu mengeluarkan benda keras seberat 1.5 kilogram, namun setelah diperiksa dengan lebih teliti ianya adalah bayi yang lengkap.

“Kami mengetuknya. Ia keras seperti batu. Bagi mengetahui lebih lanjut, kami gergaji benda itu dan menemui rambut. Hasil pemeriksaan selanjutnya, termasuk X-ray, sungguh mengejutkan kerana kelihatan kerangka lengkap manusia,” kata Dr Parianto.

Menurut Dr Iwan, pegawai kanan di hospital tersebut, fenomena seperti itu amat jarang berlaku dan sejak 400 tahun lalu, hanya ada 300 kejadian seperti itu.

“Waktu dikeluarkan, bayi tersebut telah mengeras. Kejadian itu berlaku akibat terlalu lama dalam kandungan, bayi itu telah mengalami mumifikasi,”

"Akibat kekurangan makanan, bayi tersebut akhirnya mengecil dan mengeras sehingga menjadi seperti batu. Operasi pembedahan turut mengalami kesukaran kerana posisi bayi berada di belakang rahim. Ini fenomena yang jarang berlaku," tambah Dr Iwan lagi.

Pihak Hospital turut memohon kebenaran kepada wanita tersebut agar mumia bayi itu diawet dan digunakan untuk pendidikan perubatan.




loading...
Previous Post
Next Post