Thursday, 2 March 2017

"Tolonggg kepada semua, biarlah sakit ni saya je yang rasa"


Perkongsian oleh Nurul Atiqa mengenai penggunaan contact lens yang telah mencederakan matanya. Baca lagi:

Bismillahirahmanirohim....

Ramai yang tanya punca, Macamane boleh kena sampai jadi macamtu? Sebab contact lens ke? Dah bape lama kena? Let me explain... Banyak sebab boleh terjadinya macam ni, and this is kornea ulser plus nanah and fungal. Punca?? kornea luka, bila jumpa doc yang tak sepatutnya, dapat lah juga ubat yang tak sepatutnya.... Mata akan jadi radang, merah, luka makin besar, So, datanglah parasit yang tak diundang....

Bukan penguna contact lens je yang kena nasib macamni, orang tua-tua pun kena.. Tak kan orang tua-tua pun kena punca dari lens kan??? Ofcoz not.. Boleh jadi luka kena daun pandan, terguris apa pun yg menyebabkan luka.. and also yang suka make up and tak cuci proper pakai make up remover yang sepatutnya.....

Kena di ingatkan, Duit banyak mana pun tak kan mampu beli kesihatan dik. Jaga lah sebaiknya.... saya kena pun pada awalnya bukan sebab lens, mata kabur bangun dari tido.. Gosok-gosok mata ganas sangat sampai kornea pun calar.. bile letak ubat, and suka-suka beli kat farmasi tanpa nasihat doctor last-last jadi macamni....

Lepas dah buat kornea transplant kuman langsung takde, tapi kornea still luka besar kat dalam... Disebabkan tak jaga dengan elok, masuk balik wad. Menderita kena cucuk ubat antibiotik dalam mata, Sebab??? ubat drop tak dan dah nak masuk ke belakang mata.. Nak lawan kuman yang kuat dan semakin banyak...

Tolonggggg kepada semua sahabat, Elakkan pakai lens. Jaga mata sebaiknya.... Jangan gosok mata kalau gatal sangat soh la sesape tiup. Kornea sangat sensitif. jangan guna andaian sendiri mata okay dan tak serious, terus rujuk pada pakar.

Jangan beli ubat sendri kat farmasi. And last sekali.... Jangan cuci mata pakai air. Kornea luka jangan mandi manda bersuka ria, jawapannya.. kuman achantamoeba akan bertapak dalam mata.. kuman yang sangat jarang orang kena, tapi kalau dah kena.. Sangat susah untuk dibunuh. Biarlah sakit ni saya je yang rasa, mohon kepada sahabat, keturunan saya, orang-orang yang kenal saya dijauhkan dari dugaan macamni.... Sangat seksa dan makan masa berbulan untuk baik.



loading...
Previous Post
First